suria

Tragis! Dua remaja perempuan dakwa dirogol 6 lelaki di asrama, diugut sebar video aksi panas

Dua remaja perempuan dirogol enam lelaki bergilir-gilir. -Gambar hiasan

SUDAHLAH dirogol, diperas ugut pula untuk menyebarkan rakaman video aksi panas!

Begitulah nasib malang yang menimpa dua remaja perempuan berusia 13 tahun apabila mendakwa dirogol sekumpulan enam pelajar lelaki secara bergilir-gilir.

Kejadian berlaku di bilik asrama sebuah sekolah di Kanchanaburi, Thailand.

Bapa kepada salah seorang mangsa menuntut keadilan untuk anak perempuannya yang berusia 13 tahun, mendedahkan mengenai serangan seksual itu kepada sebuah badan bukan berorientasikan keuntungan pada Ahad.

Terdahulu, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Bagaimanapun, seorang jurulatih memberitahu, pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua-dua remaja perempuan itu masuk sendiri ke asrama lelaki.

Kemasukan mereka ke kawasan asrama tidak menggunakan kekerasan atau ancaman.

Namun menurut bapa mangsa, mangsa termasuk anaknya diperdaya untuk bertemu dengan kumpulan samseng itu di asrama atlet sekolah berkenaan.

Selain merogol, sekumpulan pelajar lelaki itu turut didakwa merakam video mangsa bagi memeras ugut mangsa untuk disebarkan.

Kes tersebut kini dalam siasatan.

Sebagai peringatan, perbuatan merogol dan serangan seksual adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain