SEORANG pegawai ditemukan sudah meninggal dunia di halaman belakang pejabatnya pada Ahad. Turut ditemukan berhampiran mangsa adalah sekeping kertas yang menjelaskan mengenai sakit mata yang dihidapinya. "Disebabkan mata kiri saya sakit, saya tidak tahan lagi," tulisnya menerusi satu surat yang ditemukan kira-kira lima meter dari mayat mangsa. Kejadian berlaku di Desa Mangunsari, Kecamatan Sidomukti, Kota Salatiga di Jawa Tengah, Indonesia. Setiausaha Mangunsari, Agus Priyanto berkata, mangsa yang merupakan penduduk Sidomukti Salatiga kali terakhir pergi bekerja pada Selasa, 20 Ogos lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Misteri bunyi tangisan berhari-hari terjawab... Mayat wanita kembung, berbau busuk ditemukan dalam rumah ARTIKEL BERKAITAN: Baru 25 hari nikah, wanita maut dipukul suami... Sempat luah masalah sebelum kahwin Bagaimanapun, mangsa tidak hadir ke tempat kerja keesokan hari. Malah kata Agus, pesakit yang merupakan pendiam itu tidak pergi jauh kerana keretanya diletakkan di pejabat. "Dia tidak pernah bercerita tentang penyakit yang dihidapi atau masalahnya. Apabila dia bersembang itu perkara biasa, jadi kami tidak tahu apa masalah yang dia alami. "Mengenai sakit mata, kita tidak tahu secara pasti sejauh mana serius atau berapa lama dah sakit," kata Agus. Ditanya mengenai punca kematian mangsa, Agus berkata, polis masih menjalankan siasatan. "Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat," jelasnya. -Kompas Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube