suria

Misteri bunyi tangisan berhari-hari terjawab... Mayat wanita kembung, berbau busuk ditemukan dalam rumah

Seorang wanita ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah. -Gambar hiasan

MISTERI bunyi tangisan berhari-hari di sebuah rumah di kawasan kejiranan akhirnya terjawab, membawa kepada penemuan mayat seorang wanita.

Wanita berusia 53 tahun itu ditemukan meninggal dunia dan mayatnya sudah berbau busuk di rumahnya.

Mayat wanita yang bekerja sambilan itu ditemukan penduduk setempat selepas curiga mendengar bunyi tangisan ibu mangsa selama berhari-hari.

Kejadian berlaku di kecamatan Panakkukang, Kota Makassar, Sulawesi Selatan di Indonesia, pada Ahad.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Makassar, AKP Wahiddudin berkata, mayat mangsa ditemukan jirannya dalam keadaan terlentang di lantai rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 25 hari nikah, wanita maut dipukul suami... Sempat luah masalah sebelum kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Bertengkar dengan suami kerana aksi lucah, wanita maut jatuh dari tingkat 4

Wahiddudin berkata, ibu mangsa pula sudah tua, uzur dan sakit.

"Mayat wanita ditemukan di kawasan Panakkukang, sudah kembung dan berbau busuk," kata Wahiddudin kepada Kompas.com, pada Isnin.

Pihaknya tidak menemui sebarang objek atau tanda yang mencurigakan dari mayat mangsa di lokasi kejadian.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia kerana sakit. Tiada sebarang tanda keganasan atau apa-apa pada mayat itu, jelasnya.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa sudah meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu.

"Menurut beberapa jiran, arwah kali terakhir dilihat pda Khamis lalu dan mengadu demam panas," katanya.

Mayar dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat. -Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain