suria

Orang ramai gempar papan iklan tayang video lucah, PBT dakwa digodam

Kejadian berlaku di Connaught Place di New Delhi. Gambar fail (PTI)

ORANG ramai digemparkan dengan tayangan video lucah di sebuah papan iklan digital, pada Khamis malam.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) mendakwa skrin tersebut digodam menggunakan teknologi canggih.

Kejadian berlaku di Connaught Place di New Delhi, India.

Polis Delhi memaklumkan bahawa siasatan dijalankan terhadap kes tersebut.

"Siasatan sedang dijalankan untuk menangkap dalang di sebalik insiden itu," kata pegawai itu dipetik sebagai berkata.

Rakaman lucah itu kemudiannya dipadamkan oleh pegawai Perbadanan Perbandaran New Delhi (NDMC).

Bagaimanapun, insiden tersebut mencetuskan kekecohan dalam kalangan orang awam. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain