suria

Baru 25 hari nikah, wanita maut dipukul suami... Sempat luah masalah sebelum kahwin

Suspek (tengah) ditahan bagi membantu siasatan. Foto Polis Solo

SEORANG wanita berusia 42 tahun yang baru bernikah maut dipercayai dipukul suaminya sendiri.

Menurut rakan mangsa, Sari, pada mulanya keluarga dan saudara-mara mula curiga dengan keadaan mangsa apabila dikejarkan ke hospital kerana terdapat beberapa kesan lebam di badannya.

Pasangan suami isteri dikatakan bernikah pada 25 Julai lalu.

Kejadian tragis itu berlaku di Banjarsari, Solo di Indonesia, pada 18 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 27 hari nikah, wanita dicerai talak tiga! Tahu suami angau dengan perempuan lain, tetap jaga makan minum, tempat tidur

Jelas Sari, ia merupakan perkahwinan kedua bagi suami isteri itu kerana pernah berkahwin sebelum ini yang mana lelaki berkenaan merupakan duda anak satu.

Bagaimana Sari memaklumkan bahawa sejak pasangan itu bercinta, mangsa sering menerima layanan kasar daripada suspek.

"Awal bulan, dia ada meluahkan perasaannya lagi. Dia sering dipukul oleh suaminya. Saya tanya dia ada masalah ke, dia tak nak cerita lebih lanjut. Kemudian selepas kematian dia, ramai rakan-rakan beritahu sebelum berkahwin, mangsa juga sering.

"Ramai menasihatkannya untuk membatalkan sahaja perkahwinan itu, tetapi dia (mangsa) enggan," jelas Sari.

Suspek kini ditahan polis dan kes tersebut masih dalam siasatan.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan dan membunuh itu salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -TribunSolo

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain