suria

Pemandangan 7 matahari terbenam bikin cemas, ramai cuba jadi ‘saintis’... Akhirnya mitos terbongkar

Pemandangan matahari terbenam yang dilihat sungguh aneh.

KEAJAIBAN alam pastinya memukau sesiapa yang melihat.

Gempar di media sosial apabila tular video pendek memaparkan tujuh matahari terbenam secara serentak di langit pada 18 Ogos lalu.

Video itu dipercayai dirakam oleh seorang wanita daripada sebuah bilik terletak pada aras 11 dalam hospital di Chengdu, China.

Rakaman tersebut membuatkan rata-rata pelayar berasa kagum serta keliru tentang fenomena yang sedang berlaku.

"Wah cantiknya, seperti kita berada di alam semesta yang lain. Adakah ini pengakhiran dunia kita?," ujar warga maya risau.

Walaupun begitu, mitos dalam video berkenaan akhirnya berjaya dibongkar, ia ternyata merupakan ilusi optik yang terhasil daripada pembiasan cahaya menerusi tingkap kaca.

Namun warga maya tetap berterusan membuat teori yang merapu, kononnya hendak merungkai misteri kejadian itu.

"Anda sedang menyaksikan medan magnet menyatukan kesemua lapisan alam," demikian kata seorang pelayar, entah betul atau tidak. - New York Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain