suria

Dituduh jadi punca ibu bercerai, bapa tiri tembak influencer seksi! Bertempiaran menyorok bawah katil

Berroteran nyaris maut selepas dia diserang bapa tirinya 21 Ogos lalu.

PEMPENGARUH media sosial, Eixchel Berroteran nyaris maut selepas dia diserang bapa tirinya pada 21 Ogos lalu.

Pelaku yang dikenali sebagai Luis Damas bukan sahaja menyerang TikToker itu, malah dia turut melepaskan beberapa das tembakan.

TikToker berusia 23 tahun yang terkenal dengan imej seksi itu bagaimanapun terselamat kerana sempat melarikan diri dan menyorok di bawah katil.

Ketika serangan itu, ibu Berroteran berjaya memujuk Damas yang juga bekas suaminya supaya bertenang.

Selepas berbincang, Damas akhirnya beredar dari kediaman mereka yang terletak di Florida.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer parah dibelasah ex-BF! Rupanya kuat cemburu, nak ke tandas pun ikut

Difahamkan, ibu Berroteran bercerai dengan Damas kira-kira tujuh bulan lalu.

Damas dikatakan tidak berpuas hati dengan Berroteran dan menganggap gadis itu sebagai punca keruntuhan rumah tangganya.

Satu laporan polis dibuat oleh Berroteran dan ibunya yang membawa kepada penahanan Damas.

Dalam pada itu, Berroteran turut berkongsi foto di Instagram, memaparkan anggota tubuhnya yang lebam dan luka akibat diserang bapa tirinya.

“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan ketakutan, kesakitan, trauma, serangan panik, dan kegelisahan yang dialami kami,” tulis Berroteran. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain