suria

Mak nyah buat duit jual video hubungan songsang, perdaya lebih 100 remaja lelaki jadi pelakon! Kantoi buat promosi di X

Mak nyah itu ditangkap di rumahnya pada 28 Ogos.

POLIS menahan seorang mak nyah dikenali sebagai Suphatsara kerana memperdaya remaja lelaki untuk menghasilkan pornografi dan menjual kandungan itu secara dalam talian.

Ketika serbuan di rumahnya di daerah Ratburana, Bangkok, Thailand, polis turut merampas dua telefon bimbit, lampu studio dan 20 kondom.

Tangkapan itu dibuat selepas pegawai Biro Siasatan Jenayah Siber (CCIB) menemui sejumlah klip pornografi yang dimuat naik oleh mak nyah itu ke platform X.

Klip pornografi pendek yang dimuat naik memaparkan aksi mak nyah berusia 27 tahun itu sedang bersetubuh dengan remaja lelaki berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat suka kacau lelaki, mak nyah diperdaya lakukan hubungan sejenis... Rupanya dipukul sampai mati, mayat ditinggal tepi jalan

Malah, dia turut mengajak pengikutnya membayar sejumlah wang keahlian untuk mendapat akses kepada video berdurasi penuh menerusi platform OnlyFans dan LINE.

Menurut laporan polis, pelaku terlibat dalam aktiviti seksual dengan lebih 100 remaja lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi temu janji Tinder.

Suphatsara didakwa di bawah Seksyen 287 Undang-undang Jenayah kerana menghasilkan, memiliki, mengimport, mengeksport, atau mengedar dokumen, lukisan, penerbitan, gambar, iklan, foto, filem, rakaman suara atau bahan lain yang tidak senonoh.

Dia berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga 60,000 baht RM7,571, atau kedua-duanya sekali. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain