suria

Lelaki ‘sangap’ mahu nikahi anak tiri, sanggup rancang pembunuhan kejam singkir isteri

Perbuatan jenayah boleh berlaku dalam institusi kekeluargaan. -Gambar hiasan

BAGAI haruan makan anak.

Begitulah kisah tragis apabila seorang bapa di Washington, Amerika Syarikat dilaporkan memyimpan perasaan untuk berkahwin dengan anak tirinya sendiri.

Lebih menyayat hati apabila suspek iaitu Alfred W. Ruf, 71, turut tergamak meracuni isterinya supaya dapat membuka peluang bagi mengahwini anak perempuan mangsa.

Alfred dikatakan memasukkan pelbagai jenis dadah seperti kokain dan Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) ke dalam minuman ringan isterinya.

Akibat daripada kekejaman Alfred itu, isterinya dimasukkan ke hospital sebanyak enam kali pada tahun 2021 selepas mengalami gejala cirit-birit dan sakit kepala yang tidak dapat dipastikan puncanya.

Ketika menjalani pemeriksaan di hospital, si isteri disahkan positif dadah terlarang walaupun tidak pernah mengambil bahan narkotik itu, mangsa kemudiannya lantas menghubungi pihak polis.

Apabila rumah pasangan itu digeledah, polis membuat penemuan mengejutkan iaitu pelbagai jenis dadah yang disorok si suami.

Alfred ketika dibicarakan mengaku bersalah meracuni isterinya sehingga menimbulkan risiko kematian terhadap mangsa.

Pada Isnin (26 Ogos), sebuah mahkamah di Amerika Syarikat menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun terhadap Alfred. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain