suria

Letupan bawah tanah bikin penduduk cemas, pakar dedah punca! Rupanya ada kaitan dengan cuaca

Rakaman video tular memaparkan detik kejadian.

MALANG tidak berbau!

Begitulah kisahnya apabila satu siri letupan bawah tanah menggegarkan penduduk di Bandar Anshan, utara China pada 17 Ogos lalu.

Menerusi rakaman papan pemuka sebuah kereta yang menjadi tular, kelihatan penutup pembetung melayang ke udara dan seterusnya diikuti asap hitam berkepul-kepul, ia menyebabkan jalan raya mengalami kerosakan yang teruk.

Insiden letupan berkenaan dipercayai bermula daripada saluran paip di bawah tanah yang membekalkan gas metana.

Pihak berkuasa tempatan berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca letupan manakala kerja pembaikan sudah bermula.

Pakar menjelaskan ia berkemungkinan mempunyai kaitan dengan cuaca panas melampau pada hari kejadian, mendorong untuk berlakunya tindak balas kimia melibatkan gas metana yang mudah meluap

"Mungkin juga ada kebocoran paip gas, kami sedang siasat," ujar pakar. - Newsflare

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain