suria

Wanita isi minyak motosikal diraba punggung oleh lelaki miang - “Saya nak gurau je”

Rakaman video CCTV yang menjadi tular di media sosial.

LELAKI berhidung belang sering mencari cara untuk mengambil kesempatan ke atas wanita.

Begitulah kisahnya apabila seorang wanita yang sedang mengisi minyak ke dalam motosikalnya di Cianjur, wilayah Jawa Barat diganggu secara seksual oleh individu lelaki.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, kelihatan lelaki berkenaan cuba mendekatkan diri dengan mangsa.

Pegawai polis tempatan, AKP Tono Listianto berkata, suspek ditahan di kediamannya sebelum dibawa ke Balai Polis Cianjur untuk disoal siasat.

“Dia (suspek) mengaku meraba punggung mangsa, namun menganggap ia adalah satu gurauan,” jelas Tono.

Insiden itu menimbulkan kemarahan meluap-luap warga maya di media sosial.

“Kalau saya, sudah lama saya simbah minyak itu ke mukanya,” kata seorang netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain