suria

Tragis! Lelaki OKU maut ketika sedang duduk di kerusi roda, ditikam di tepi jalan

Seorang lelaki OKU disahkan meninggal dunia dalam insiden serangan. -Gambar hiasan

INSIDEN tragis menimpa seorang lelaki berkerusi roda apabila ditemukan maut ditikam selepas diserang.

Mangsa yang merupakan lelaki berusia 38 tahun itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, dua lelaki berusia 28 dan 21 tahun dipercayai turut terlibat dalam pergaduhan tersebut.

Insiden serangan berlaku di Rushmore Road Clapton, London di United Kingdom.

Kejadian itu disahkan oleh Polis Metropolitan di London yang menerima laporan mengenai pergaduhan yang berlaku pada jam 3.38 petang (waktu tempatan) dan menemukan mangsa dalam keadaan cedera akibat ditikam.

Kedua-dua suspek kini ditahan polis untuk siasatan.

Ketua penyiasat, James Conway berkata, siasatan masih di peringkat awal dan meminta sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil kepada pihak polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain