suria

Tinggal bersama nenek, budak 12 tahun 'seludup' lelaki masuk rumah... Kantoi selepas hamil 6 bulan

Kanak-kanak lelaki turut menjadi mangsa serangan seksual. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan hamil enam bulan selepas dipercayai diperkosa guru sekolahnya.

Perkara tersebut terbongkar selepas mangsa yang berusia 12 tahun dibawa melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik di Lombok, Indonesia.

Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Umum di Polis Wilayah NTB, AKB Feri Jaya Satriansyah berkata, laporan polis dibuat keluarga mangsa sejurus mengetahui keadaannya yang hamil enam bulan.

"Pada awalnya, mangsa yang belajar di kelas 6 SD dibawa untuk pemeriksaan kesihatan pada 25 Julai lalu.

"Hasil pemeriksaan mendapati dia telah hamil selama enam bulan, susulan itu keluarganya membuat laporan polis," ujarnya.

Menurut Feri, pihaknya masih melakukan siasatan berhubung laporan berkenaan termasuk motif suspek itu.

Sementara itu, Ketua Badan Perlindungan Anak Mataram, Joko Jumadi memaklumkan mangsa dirogol di rumah neneknya semasa warga emas terbabit keluar.

"Perbuatan terkutuk itu berlaku tiga kali di rumah nenek mangsa. Suspek juga sering menghantar mesej berunsur lucah," katanya. - Detik News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan