SEORANG lelaki mendakwa dirinya membakar rumah yang didiami isterinya selepas mendakwa wanita itu bersikap curang. Perkara itu didedahkannya menerusi satu akaun yang dimuat naik di laman sosial sehingga tular. Kejadian tersebut berlaku di Surabaya, Indonesia. Menurut lelaki itu, dia mahu tampil menyerah diri di balai polis selepas membakar rumahnya. "Saya tidak kuat, saya berjalan kaki lebih 3 kilometer (km) dari tempat kejadian. Saya berjalan kaki mahu ke balai polis. Doakan saya kuat," katanya sambil menambah mahu ke Balai Polis Sukomanunggal di Sukomanunggal, Surabaya. Menerusi rakaman itu juga, dia mengaku melakukan perbuatan itu kerana mendakwa isterinya bersama orang lain di dalam bilik. Sementara itu, Ketua Polis Sukomanunggal, Komisioner Zainur Rofik mengesahkan kejadian yang berlaku. "(Dibakar) dengan petrol. Kita kumpul bukti, ada tukul, kain dan petrol," kata Zainur pada Khamis. Dalam pada itu, isteri suspek turut melaporkan kejadian itu kepada polis pada Isnin, sambil menambah kebakaran tidak menyebabkan kerosakan serius. "Yang terbakar hanya tilam dan sebahagian dinding, tidak merebak ke seluruh rumah," katanya. Beliau bagaimanapun suspek sudah menyerah diri kepada pihak polis. "Motifnya seolah-olah (suspek) menyangka isterinya curang, tetapi tidak. "Kita masih memburu suspek. Kes masih dalam siasatan," kata Zainur. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Kompas Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube