suria

Lelaki curi motosikal ditahan... Rupanya hilang kerja, takut ditinggal isteri kerana miskin

Seorang lelaki ditahan kerana mencuri motosikal. Foto FB สยามชล นิวส์

SEORANG lelaki dicekup polis selepas mencuri sebuah motosikal, dan dia berbuat demikian kerana tidak mahu ditinggalkan isteri.

Polis mengesyaki suspek berusia 31 tahun itu selepas menjualnya pada harga hanya 5,000 baht (RM634).

Lelaki itu mengaku mencuri motosikal di sebuah restoran apabila pemiliknya meninggalkan kunci pada kenderaan tersebut.

Kejadian berlaku di Jalan Sukhumvit di Bangkok, Thailand.

Selain itu, lelaki berkenaan turut dikenal pasti mencuri enam motosikal antara Julai dan Ogos.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri lari ikut pakwe lama, tinggalkan anak-anak selepas suami bankrap - “Saya muflis pun sebab nak kayakan dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing mengaku kerja ‘gomen’... Isteri dah 2 tahun tertipu, siap buat loan beli Honda fikir suami mampu bayar

Ketika ditanya mengenai motifnya, dia mendakwa pernah bekerja sebagai buruh binaan tetapi kemudiannya kehilangan pekerjaan.

Dia memaklumkan dirinya bimbang akan ditinggalkan isterinya sekiranya dia miskin.

"Saya bimbang dia akan lari. Dia selalu keluar rumah apabila kami bertengkar. Saya sangat sayangkan dia.

"Saya perlu mencuri motosikal untuk mencarinya apabila dia keluar dari rumah. Saya menjual beberapa kenderaan yang dicuri pada harga murah dan membelanjakan wang itu untuk menjaga isteri," katanya.

Sebagai peringatan, perbuatan mencuri adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan