suria

Gara-gara hutang telefon bimbit belum langsai, lelaki mabuk cedera dibaling pisau oleh jiran

Seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan membaling pisau ke arah mangsa. - Gambar hiasan

SEORANG lelaki mengalami kecederaan apabila terkena pisau yang dibaling oleh jirannya.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Basor datang bersama seorang lagi rakannya ke rumah jiran, Anton untuk menuntut hutang telefon bimbit yang belum dilangsaikan sejak dua tahun lalu.

Pertengkaran kemudiannya tercetus susulan Basor berada dalam keadaan mabuk dan tidak dapat membuat pertimbangan yang waras

Menurut ketua kampung Sambiroto Mojokerto Indonesia, Ahmad Farid, difahamkan adik Anton cuba membantu untuk menenangkan keadaan namun akhirnya gagal.

Keadaan menjadi tegang apabila Anton bertindak mengikut emosi dengan mengambil pisau untuk mengejar Basor.

Insiden kejar-mengejar berlaku di jalan raya kampung sehingga Anton akhirnya membaling pisau yang mengenai belakang mangsa menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Sooko, AKP Suwarso, berkata mangsa menerima satu jahitan akibat kecederaan tersebut.

Anton dan Basor seterusnya disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Sooko untuk memberikan keterangan mengenai nsiden.

"Kes ini diharap dapat diselesaikan secara damai jika kedua-dua pihak memberikan kerjasama," ujarnya. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain