suria

Nenek baru pulang kutip sayur maut dibunuh cucu... Mangsa diserang dengan cangkul, pisau

Seseorang yang berada di bawah pengaruh dadah cenderung untuk melakukan jenayah di luar pertimbangan akal. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 47 tahun dari Bueng Kan, Thailand, ditahan polis kerana didakwa menyerang neneknya sehingga mengakibatkan kematian warge emas tersebut.

Suspek yang dikenali sebagai Som, dilaporkan menyerang neneknya yang berusia 83 tahun dengan menggunakan cangkul dan pisau di hadapan rumah mangsa, dalam kejadian pada tengah hari Sabtu (31 Ogos).

Jiran-jiran yang menyedari perkara tersebut selepas mendengar jeritan mangsa bergegas ke rumahnya dan menangkap suspek sebelum menghubungi polis.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Sri Wilai oleh ahli keluarga dan jiran, namun dia disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah tidak lama kemudian.

Saksi mendedahkan insiden tragis itu berlaku apabila mangsa baharu pulang ke rumahnya selepas mengutip sayur-sayuran untuk dimasak.

Suspek yang juga cucu mangsa dan tinggal bersebelahan, dilihat mengekori mangsa sebelum menyerangnya menggunakan cangkul.

Menurut saksi, suspek memukul neneknya berkali-kali sehingga warga emas tersebut tidak sedarkan diri, sebelum masuk ke rumah dan mengambil pisau.

"Kami mendengar jeritan mangsa dan bergegas ke rumahnya. Ketika kami tiba di sana, dia (mangsa) sudah cedera parah, dan Som masih menyerangnya dengan pisau," ujar saksi tersebut.

Polis sedang melakukan siasatan lanjut bagi menentukan motif di sebalik serangan lelaki berkenaan.

Difahamkan, laporan awal menunjukkan bahawa Som mungkin berada di bawah pengaruh methamphetamine ketika kejadian. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain