suria

Remaja 13 tahun hamil dirogol kerani sekolah, dedah diugut bunuh jika buka mulut

Mangsa rogol lazimnya mengalami trauma yang berpanjangan. -Gambar hiasan

SEORANG gadis berusia 13 tahun didakwa dirogol oleh seorang individu yang merupakan kerani di sekolahnya sehingga hamil lima bulan, dalam kejadian yang berlaku di Farrukhabad, Uttar Pradesh, India.

Insiden tersebut terbongkar baru-baru ini apabila ibu bapa mangsa mendapati anak mereka hamil dan kemudian memfailkan aduan pada Sabtu (31 Ogos), lapor agensi berita PTI.

Polis dipetik PTI sebagai berkata, ketika kejadian, gadis tersebut dilaporkan pergi ke tandas pada waktu malam, apabila kerani bernama Pankaj dan seorang rakannya yang dikenali sebagai Amit, menarik dan melarikan mangsa.

Mereka membawa gadis tersebut ke sebuah rumah kosong dan merogolnya.

Mangsa kemudian diugut akan dibunuh jika mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa.

Bagaimanapun pada Jumaat, ibu mangsa mendapat tahu anaknya hamil lima bulan dan membuat laporan polis.

Kes disiasat di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan Kesalahan Seksual.

Bagaimanapun masih belum ada tangkapan dibuat setakat ini. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan