suria

Anggap sakit perut kerana keracunan makanan, wanita terkejut bersalin ketika berkhemah... Dakwa tak alami simptom hamil

Pasangan ini bergambar kenangan bersama bayi mereka selepas dilahirkan dalam khemah. -Gambar Agensi

SEORANG wanita berusia 38 tahun terkejut apabila melahirkan bayi perempuan di dalam khemah semasa bercuti.

Kejadian ini berlaku pada 1 Ogos di Pulau Hampshire, England.

Wanita yang dikenali sebagai Zoe mula merasa sakit perut semasa perkhemahan dan menganggap kesakitannya disebabkan oleh kari ayam yang dimakan pada malam sebelumnya.

Apabila kesakitannya semakin teruk, Zoe menyangka dia mengalami keguguran.

Namun, kejutan berlaku apabila suaminya, Stuart, mendapati kepala bayi muncul semasa Zoe menggunakan tandas di dalam khemah.

Stuart terpaksa membantu menyambut kelahiran bayi mereka, Hayley, di dalam khemah sebelum bergegas ke hospital.

Zoe dalam pada itu mengakui tidak mengalami simptom kehamilan dan hanya menganggap berat badan tambahan disebabkan tabiatnya yang gemar mengambil snek malam.

Malah, dia terkejut dengan kelahiran bayi yang sihat dengan beratnya 4 kilogram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain