SEORANG peniaga durian meraih perhatian netizen selepas dia menjawab aduan pelanggannya dengan nada biadab. Ketika membuat siaran langsung (live) di media sosial, peniaga Thailand itu berkata pelanggan tidak layak untuk mengadu sekiranya mereka membeli durian yang murah. "Saya tidak layan (aduan pelanggan) kerana memang tak perlu. Kalau nak buah bagus, beli yang harga mahal. "Kamu beli buah murah, jangan letak harapan tinggi," ujar peniaga berkenaan selepas seorang pelanggan meninggalkan komen aduan di laman sosialnya. ARTIKEL BERKAITAN: Abang sado ‘pelaris’ gerai durian, 1.5 tan raja buah terjual setiap hari... Ada waranti, kepuasan pelanggan paling utama Malah, peniaga itu turut menghina pelanggannya yang dikatakan miskin dan tidak mampu membeli durian berkualiti tinggi. Dalam sesi live itu, peniaga tersebut turut mencabar pelanggannya untuk datang semula ke kedainya di Surin, Bangkok. Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa dengan layanan biadab peniaga durian itu. Malah, netizen turut menggesa gerakan boikot bagi memberi pengajaran terhadapnya. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube