suria

Pesawat terhempas, seorang juruterbang disahkan maut... Polis umum penutupan jalan di kawasan nahas

Nahas udara di Sheepbridge, Chesterfield menyebabkan seorang juruterbang terkorban. -Gambar hiasan

PERKHIDMATAN kecemasan menggesa orang ramai untuk menjauhi kawasan nahas udara yang mengorbankan seorang juruterbang pada Ahad.

Ia bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan selepas sebuah pesawat terhempas di Chesterfield, Derbyshire, England.

Menurut polis, hanya terdapat seorang juruterbang dalam pesawat itu dan keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai nahas berkenaan.

"Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil ke lokasi berhampiran Sheepbridge Lane, di Sheepbridge, Chesterfield, pada awal hari ini.

"Penyiasatan mengenai keadaan kejadian sedang dijalankan. Juruterbang adalah satu-satunya individu di dalam pesawat dan meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. Keluarganya telah dimaklumkan.

"Jalan-jalan di kawasan berdekatan telah ditutup dan akan kekal ditutup untuk sementara waktu bagi membolehkan siasatan diteruskan," ujar polis menerusi satu kenyataan.

Sheepbridge Lane merupakan kawasan perindustrian tetapi ia dikelilingi oleh tanah pertanian, hutan, anak sungai, dan kelab ragbi. - Express.UK.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain