suria

Wanita terseksa dikurung tanpa akses air, elektrik! Anus cedera dirogol lelaki psiko selama 4 tahun

Mangsa akhirnya bebas selepas empat tahun dikurung oleh lelaki itu.

SEORANG wanita hidup terseksa selepas dia dikurung oleh lelaki yang dikenalinya secara dalam talian sejak empat tahun lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Malgorzata, 30, berkenalan dengan Mateusz J melalui sebuah laman web pada 2019.

Malgorzata kemudiannya melawat lelaki itu di sebuah perkampungan kecil berhampiran Glogow, di barat Poland.

Setibanya di sana, mangsa didakwa dikurung dalam sebuah bangsal lama yang tidak digunakan.

Selama lebih empat tahun, Malgorzata terpaksa hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan, tanpa akses kepada elektrik, air, tandas, atau produk kebersihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Dua remaja perempuan dakwa dirogol 6 lelaki di asrama, diugut sebar video aksi panas

Dia kerap dipukul, diseksa, dan diperkosa oleh Mateusz, yang digambarkan oleh penduduk tempatan sebagai seorang "penyendiri" dan "pelik."

Mangsa juga dihamilkan oleh suspek dan dibawa ke hospital di bandar berhampiran Nowa Sol untuk melahirkan anak.

Lebih menyedihkan, dia dipaksa menyerahkan bayi itu kepada individu tidak dikenali.

Sepanjang tempoh penderitaannya, Malgorzata beberapa kali dibawa ke hospital akibat kecederaan serius, termasuk lengan dan kaki yang patah, serta kecederaan pada anus yang memerlukan pembedahan.

Pada 30 Ogos, Mateusz J ditangkap oleh pihak berkuasa selepas Malgorzata berjaya mendapatkan bantuan ketika dimasukkan ke hospital.

Mateusz kini berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun atas tuduhan penyalahgunaan mental, fizikal, dan seksual, namun dia menafikan semua tuduhan tersebut. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia