suria

Warga emas perkosa pesakit strok, ambil kesempatan ketika merawat mangsa

Rogol adalah satu jenayah dan boleh dihukum penjara jika disabitkan kesalahan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki yang mengamalkan perawatan tradisional ditahan selepas dipercayai cuba untuk merogol salah seorang pesakitnya.

Lebih menyedihkan apabila pesakit wanita berusia 53 tahun itu menghidap angin ahmar dan tidak boleh melawan.

Kejadian di Lombok Barat, Indonesia itu dilaporkan berlaku semasa mangsa cuba mendapatkan rawatan pada Sabtu lalu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Mataram, Pesuruhjaya I Made Yogi Purusa Utama berkata, mangsa pada awalnya hanya diurut suspek berusia 65 tahun di dalam sebuah bilik.

"Disebabkan mangsa mengalami strok, dia tidak dapat melawan ketika diperkosa.

"Bagaimanapun perbuatan terkutuknya berjaya disedari ipar mangsa yang berada di rumah berkenaan," katanya pada Isnin.

Tambah Yogi, suspek mengaku melakukan perbuatan itu kerana berasa sunyi selepas isterinya meninggal dunia pada 2019.

"Dia yang mempunyai cucu turut mengaku salah atas tindakan tersebut," katanya. - Detik News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia