suria

Mak ayah miskin keluar modal lebih 15k, mahu anak terima kursus jenayah... Teknik ‘join’ keluarga kaya pun diajar

Kegiatan menyeluk saku dan mencuri adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

TEKANAN hidup menyebabkan segelintir individu terjebak dengan masalah sosial dan jenayah.

Lain pula situasi di tiga perkampung di Madhya Pradesh, India yang menawarkan kursus pengajian berkaitan kegiatan menyeluk saku.

Anehnya, kebanyakan keluarga dari kelompok miskin tegar sanggup menghantar anak mereka untuk mendapatkan pendidikan di 'sekolah' itu, meskipun terpaksa membayar yuran sejumlah 200,000 sehingga 300,000 rupee (kira-kira RM10,378 hingga RM15,568).

Memetik laporan NDTV, kebanyakan murid adalah mereka yang berusia 12 hingga 13 tahun.

Mereka akan diajar oleh ahli kumpulan penjenayah berpengalaman tentang kaedah menyeluk saku dan meragut di tempat sesak.

Selain kurikulum utama itu, murid juga akan diajar cara pantas untuk mengelak daripada polis serta daya tahan apabila dipukul.

Bukan itu sahaja, teknik bergaul dengan golongan kaya turut dipelajari bagi membolehkan mereka mendapat jemputan untuk ke majlis perkahwinan bertaraf eksklusif seterusnya mencuri di majlis tersebut.

Kegiatan yang semakin berleluasa itu bagaimanapun berjaya dilumpukan pasukan polis India.

Malah, polis mendedahkan terdapat lebih 300 kanak-kanak ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyeluk saku dan mencuri di majlis perkahwinan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain