MENJADI satu kesalahan untuk melarikan makanan tanpa membayarnya terlebih dahulu. Begitulah kisahnya apabila seorang pemandu kereta jenis Honda diltularkan kerana melarikan empat kotak piza tanpa membayarnya dalam kejadian di Annex Alley, Bangkok, Thailand pada Isnin lalu. Menerusi rakaman video yang menjadi tular di laman Facebook, kelihatan pemilik restoran datang untuk meminta bayaran dengan mengetuk tingkap kereta, tetapi tidak dilayan oleh pemandu dan seorang lagi penumpang di dalam kenderaan terbabit. Kereta itu kemudiannya terus memecut berlalu pergi dengan membawa piza yang 'dicuri'. "Bawa kereta Honda, tetapi tidak mampu untuk membayar piza, sedikit peik bagi saya. "Kalau sesiapa ada nampak kereta itu, sila maklumkan kepada saya. Mereka tidak membayar empat kotak piza bersaiz sederhana yang dilarikan daripada kedai ayah saya," katanya. Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial dengan rata-rata warga maya menzahirkan rasa terkilan melihat perniagaan kecil dianiaya sebegitu rupa. - Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube