suria

Kanak-kanak maut terkena tembakan ketika kejar arnab, warga emas ditahan kerana kecuaian

Tembakan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan muka. -Gambar hiasan.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terbunuh selepas ditembak berhampiran ladang di Cumbria, United Kingdom ketika sedang memburu arnab.

Polis bergegas ke lokasi kejadian yang terletak di lereng bukit pada petang Sabtu, sejurus menerima laporan berkaitan insiden berkenaan.

Kanak-kanak lelaki itu kemudian disahkan meninggal dunia di hospital berikutan kecederaan parah di kepala dan muka.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 60-an telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan.

Dipercayai ketika kejadian, mangsa dan suspek sedang memburu arnab di lokasi yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja lelaki maut dipukul, ditembak selepas tumpangkan bekas isteri orang

ARTIKEL BERKAITAN: Aktiviti pemburuan bertukar tragedi! Lelaki tertembak mati rakan, tak sangka peluru tembusi kepala

Seorang penduduk tempatan, Frank Chalmers, 73, berkata dia melihat kereta polis dan ambulans udara di ladang itu kira-kira jam 3 petang ketika sedang memandu ke rumahnya di Brough.

Rakaman udara menunjukkan kawasan insiden tragik yang melibatkan kanak-kanak lelaki terbunuh. - Foto SWNS

Rakaman udara menunjukkan kawasan insiden tragis yang melibatkan kanak-kanak lelaki terbunuh. - Foto SWNS

"Ia adalah tragedi yang paling mengerikan untuk keluarga dan masyarakat," katanya kepada media tempatan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran memberitahu media tempatan bahawa dia mendengar bahawa mangsa tidak pergi ke sekolah ketika kejadian.

"Ramai di antara kita mempunyai anak seusia itu. Kami mempunyai anak di sekolah dan ia agak panik kerana kejadian mungkin membabitkan seseorang yang kami kenali.

"Saya membaca e-mel dari sekolah yang mengatakan mangsa tidak bersekolah di situ," katanya.

Sementara itu, anggota keselamatan memaklumkan suspek kini ditahan atas dakwaan melakukan pembunuhan dan kecuaian yang mengerikan. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain