suria

Suami tergamak bunuh isteri, tidur dengan mayat selama berminggu! Akhirnya buat pengakuan depan pak guard

Keadaan bilik tidur suspek ketika diserbu pihak polis. -Gambar hiasan (kanan)

SATU tindakan yang tidak dapat diterima dek akal.

Begitulah kisahnya apabila seorang suami tergamak membunuh isterinya dan kemudian tidur bersama mayat mangsa selama beberapa minggu di Lima, Peru.

Suspek dikenali sebagai Douglas Salazar Castillo dilaporkan licik untuk menutup syak wasangka jiran tetangga mengenai kehilangan isterinya, Rita.

"Dia (isteri) masih hidup dan sihat," ujar Douglas kepada jiran yang bertanyakan tentang khabar pasangannya, ia berikutan mangsa berbulan-bulan dilihat tidak muncul di luar rumah.

Selain itu, setiap kali memasuki rumah, Douglas akan memanggil nama isterinya untuk memberikan tanggapan kepada jiran bahawa Rita dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Namun muslihat Douglas yang berusia 57 tahun akhirnya terbongkar apabila dia sendiri membuat pengakuan kepada pengawal keselamatan di kediamannya mengenai jenayah yang dilakukan.

Douglas dikatakan menunjukkan gambar pembunuhan isterinya kepada pengawal keselamatan tersebut, foto berkenaan kemudiannya dihantar kepada pihak polis.

Anggota polis segera bergegas ke lokasi kejadian untuk menyerbu rumah Douglas, mayat mangsa didapati berbalut dengan selimut di atas katil, di sebelahnya turut kelihatan banyak tersusun botol minuman keras yang sudah kosong.

Douglas ditahan oleh pihak polis dan didakwa atas tuduhan membunuh isterinya.

Menurut liputan media tempatan, mangsa sebelum ini pernah membuat laporan polis mengenai keganasan rumah tangga yang dilakukan Douglas terhadap dirinya. - The Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain