PERTENGAKARAN yang didengari pada masa lalu ternyata menjadi petunjuk kepada kes pembunuhan. Kisah bermula apabila seorang lelaki menemukan rangka manusia milik bapanya yang hilang sejak 30 tahun lalu tertanam di halaman rumah keluarga di Hathras, India. Lebih mengejutkan apabila hasil siasatan polis mendedahkan ibu dan adik-beradik kepada lelaki itu adalah suspek utama dalam kes pembunuhan bapa mereka. "Rangka itu sudah dihantar untuk pemeriksaan forensik, kini kami akan menahan isteri, dua anak mangsa serta seorang lagi suspek yang bersekongkol untuk membantu siasatan," kata polis. Sementara itu, lelaki yang menemukan rangka terbabit dikenali sebagai Punjabi Singh, dia merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik. "Saya waktu kecil biasanya tidur sekali dengan bapa. Tiba-tiba pada satu malam, dua abang saya yang ketika tu berusia 20-an mengarahkan saya untuk tidur di bilik lain, turut bersama mereka adalah seorang lagi lelaki yang tidak dikenali. "Selepas tu saya dengar abang-abang saya bergaduh dengan bapa, sampai saya tak boleh tidur pada malam tu," imbas Punjabi yang ketika kejadian hanya berusia sembilan 9 tahun. Pada keesokan pagi, Punjabi terkejut apabila menyedari bapanya sudah hilang. "Apabila saya tanya ibu di mana keberadaan bapa, dia cuma beritahu bapa sudah pergi ke suatu tempat. Turut menimbulkan rasa curiga apabila saya perasan ada lubang yang baru digali di halaman rumah. "Kini selepas rangka bapa ditemui 30 tahun kemudian, saya teringat semula tentang insiden ini, saya terus ceritakan kepada seorang lagi abang saya yang bernama Basti Ram. "Kami segera membuat laporan polis kerana mengesyaki bapa sebenarnya sudah dibunuh," jelas Punjabi. - Times of India Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube