suria

Gara-gara cuba tinggalkan suami curang, wanita disimbah asid ketika di rumah ibu

Kegiatan jenayah ada kalanya boleh didalangi ahli keluarga sendiri. -Gambar hiasan

EGO yang tinggi boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk mengakui kesalahannya sendiri.

Gempar apabila seorang lelaki di Mumbai, India tergamak menyimbah asid pada wajah isterinya susulan tidak bepuas hati kerana pasangannya meminta cerai.

Mangsa yang berusia 27 tahun dipercayai ingin berpisah kerana si suami kantoi bermain kayu tiga di belakangnya.

"Penceraian difailkan selepas mangsa mendapat tahu suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain," jelas seorang pegawai penyiasat.

Tambahnya, kejadian berlaku ketika mangsa berada di kediaman ibunya di Malad, India pada 25 September lalu.

"Mangsa mengalami kesan melecur pada wajah dan sedang menerima rawatan di hospital," katanya.

Menurut laporan media tempatan, mangsa difahamkan mendirikan rumah tangga pada tahun 2019, namun akibat rumah tangga yang bergelora, mangsa tinggal bersama ibunya sejak tiga bulan lalu.

"Mangsa juga kecewa apabila mendapat tahu suaminya menganggur dan merupakan seorang penagih dadah," ujar pegawai penyiasat tersebut.

Suspek kini dalam buruan pihak polis dan sedang giat dikesan. - NDTV

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain