suria

Lelaki mati di tangan isteri gara-gara kahwin 2, disimbah air panas ketika tidur

Setiap perbuatan di dunia ini akan mempunyai akibatnya. -Gambar hiasan

PERBUATAN menduakan pasangan pastinya menimbulkan kemarahan sesiapa sahaja.

Gempar apabila sorang wanita tergamak menjirus air panas ke atas suami kerana geram pasangannya itu berkahwin lain dengan janda tanpa persetujuan dalam kejadian di Bangka Belitung, Jakarta, Indonesia pada Isnin.

Difahamkan mangsa lelaki dikenali sebagai EF maut selepas mengalami kecederaan yang teruk iaitu melecur pada hampir seluruh bahagian badannya.

Ketika disoal siasat, anak kepada mangsa dan suspek dikenali sebagai RI berkata ibunya tidak dapat menahan amarah apabila mendapat tahu bapanya berlaku curang, malah sudah memiliki isteri baharu.

"Malam sebelum kejadian, ibu berjaya bongkar rahsia ayah keluar bersiar-siar dengan perempuan tersebut. Ibu pun pergi berjumpa dengan kekasih gelap ayah, ibu minta mereka untuk berpisah.

"Tapi skandal ayah itu tidak bersetuju. Setelah diasak, baru perempuan tu buat pengakuan yang dia dengan ayah sudah berkahwin serta dirinya sedang mengandungkan zuriat ayah.

"Apabila pulang ke rumah, ibu yang sangat remuk hatinya terus menyimbah air panas ke atas ayah yang sedang tidur," imbas RI.

Sementara itu, jurucakap polis tempatan berkata kes tersebut sedang disiasat dan semua pihak terlibat akan dipanggil untuk memberikan kenyataan. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain