suria

Doktor rogol pesakit wanita selepas suntik ubat pelali, peras ugut sebar gambar aib jika tak bayar RM20,754

Mangsa rogol berdepan dengan trauma seumur hidup. -Gambar hiasan

SEORANG doktor ditahan kerana didakwa merogol pesakitnya beberapa kali di klinik miliknya selepas menyuntik mangsa dengan ubat pelali.

Kejadian dilaporkan berlaku di Bengal Barat, India.

Menurut polis, berdasarkan aduan mangsa, dia telah pergi ke klinik suspek untuk mendapatkan rawatan dan diberikan suntikan yang mengandungi beberapa ubat, yang menyebabkannya tidak sedarkan diri.

Suspek kemudian bertindak merogol mangsa dan mengambil gambarnya yang digunakan untuk memeras ugutnya beberapa kali.

Mangsa mendakwa suspek mengugut untuk menyebarkan gambar aibnya di media sosial jika dia tidak membayar Rs 4 lakh (kira-kira RM20,754).

Mangsa kemudiannya menceritakan perkara tersebut kepada suaminya dan kemudian mereka membuat laporan polis terhadap suspek.

"Isteri saya cuba membunuh diri selepas diperas ugut oleh doctor itu (suspek). Saya dimaklumkan oleh jiran saya dan pulang ke kampung untuk mengambil langkah selanjutnya," tambah suami mangsa yang bekerja di luar negara.

Polis berjaya menahas suspek beberapa jam selepas menerima laporan mangsa. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain