suria

Pertengkaran berakhir tragedi, polis tergamak bunuh ibu kandung

Mangsa meninggal dunia selepas berlaku pertengkaran. -Gambar hiasan

SEORANG anggota polis didakwa membunuh ibu kandungnya.

Susulan itu, suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Kejadian berlaku di Cileungsi, Bogor di Jawa Barat, Indonesia pada Ahad.

"Berlaku penderaan menyebabkan ibu kandung suspek meninggal dunia.

"Kita melakukan tindakan segera dan suspek telah ditahan," kata Ketua Polis Bogor, AKBP Rio Wahyu Anggoro pada Isnin.

Beliau berkata, suspek tinggal bersama ibu bapanya dan berlaku pertengkaran antara mereka sehingga menyebabkan penderaan.

Tambahnya, kes tersebut masih dalam siastan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain