suria

Tak makan ubat darah tinggi, wanita tersembam dalam besen berisi air... Anak jumpa mayat dah kaku

Mayat mangsa ditemukan oleh anak perempuannya yang berusia 18 tahun.

SEORANG wanita ditemukan meninggal dunia dalam keadaan mukanya tersembam dalam sebuah besen berisi air.

Kejadian itu disedari oleh anak perempuannya, Bee, yang baru sahaja pulang ke rumah mereka pada Selasa, malam.

Menurut Bee, 18, dia cuba memberi bantuan pernafasan, namun gagal menyelamatkan ibunya, Nawaporn yang berusia 49 tahun.

"Saya kali terakhir bercakap dengan ibu pada pukul 2 petang. Saya keluar dan apabila saya pulang, saya mendapati dia tiada di bilik utama.

"Saya periksa bilik mandi dan nampak dia rebah dengan wajahnya di dalam besen yang penuh air.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuti di pulau bertukar tragedi... Pelajar lemas diheret ombak besar, kawan hanya mampu rakam detik mangsa terapung

"Saya menjerit meminta pertolongan jiran dan beri bantuan pernafasan sebelum menghubungi pasukan penyelamat," ceritanya.

Kejadian tragis ini berlaku di Chon Buri, Thailand.

Mayat wanita itu kemudiannya dibawa ke Hospital Bang Lamung untuk pemeriksaan lanjut.

Siasatan mendapati mangsa menghidap penyakit kronik, iaitu tekanan darah tinggi, dan dipercayai tidak pernah mengambil ubat untuk mengawal keadaannya.

Penilaian awal mendapati keadaan kesihatan kronik mungkin menyebabkan Nawaporn pening dan terjatuh, sehingga mengakibatkan dia lemas di dalam besen tersebut. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain