SEORANG wanita merayu kepada seorang lelaki gila seks supaya menghentikan perbuatan tidak senonoh kerana didakwa berulang kali mencuri seluar dalamnya. Difahamkan, lelaki berkenaan melakukannya untuk melepaskan nafsunya sebelum memulangkan semula seluar dalam itu. Kejadian berlaku di sebuah bilik sewa di Sam Kong di Phuket, Thailand. Mangsa berkongsi kisahnya dengan Phuket Times pada Selasa, berharap lelaki itu akan malu dan menghentikan perbuatannya. Turut dikongsikan adalah video kejadian tersebut. "Wanita menangis meminta bantuan! Dia hampir kehabisan seluar dalam. Seluar dalamnya dicuri untuk onani. Kadang-kadang, pencuri tersebut meletakkan semula seluar dalam wanita itu di ampaian," menurut perkongsian itu. Lelaki itu meninjau keadaan sekeliling sebelum mencuri pakaian dalam. Foto Facebook/ Phuket Times ภูเก็ตไทม์ Menerusi video yang dikongsi di ruangan komen, seorang lelaki memakai seluar pendek hitam dilihat mengambil seluar dalam dari ampaian dan terus memasukkannya ke dalam seluar pendeknya. Lelaki itu kemudian meletakkan semula seluar dalam wanita setelah mencurinya. Beberapa warga maya menyuarakan kehairanan mereka tentang sikap pelik pencuri itu yang berani memulangkan semula seluar dalam yang dicuri. Malah ada yang berseloroh mengenai lelaki itu dianggap 'pencuri sopan' kerana memulangkan barang curi. Pada masa, mangsa turut dikritik apabila dipersalahkan kerana menjemur pakaian dalamnya di luar biliknya. Bagaimanapun tidak dijelaskan bagaimana isu itu diselesaikan, atau sama ada wanita tersebut mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube