suria

‘Healing’ berakhir tragedi, wanita berehat di tepi pantai maut digilis pacuan empat roda

Mayat mangsa dibawa untuk bedah siasat. -Gambar hiasan

PERCUTIAN bertukar tragedi apabila seorang wanita maut digilis pacuan empat roda ketika sedang berehat di tepi pantai.

Ketika kejadian berlaku, mangsa berusia 64 tahun itu sedang berjemur di pantai, manakala suaminya berenang di laut.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas penyelamat pantai memberikan bantuan perubatan awal.

Tragedi itu berlaku di Playa del Ingles, sebuah pantai popular di selatan Gran Canaria, Kepulauan Canary.

Berdasarkan siasatan polis, pemandu pacuan empat roda itu mendakwa dia tidak menyedari sudah melanggar mangsa.

Dipercayai pemandu berkenaan sedang menghantar barang ke sebuah kiosk berdekatan ketika insiden berlaku.

Mangsa dipercayai pelancong warga Jerman dan kes tersebut masih dalam siasatan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain