suria

Nahas pesawat rempuh gudang perabot libat 21 mangsa, juruterbang sempat beritahu masalah teknikal

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan detik kejadian.

DUA individu disahkan maut manakala 19 lagi cedera selepas sebuah pesawat kecil terhempas di atas sebuah gudang perabot sekitar California, Amerika Syarikat pada petang Khamis

Menurut pihak berkuasa tempatan, dua mangsa yang terkorban berada di dalam pesawat, manakala mangsa lain yang cedera sedang bekerja di dalam gudang perabot berkenaan.

Lebih tragis apabila kebanyakan mangsa dikatakan mengalami kecederaan parah, 11 daripada mereka dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 maut, 19 cedera pesawat kecil terhempas atas bangunan

Dalam pada itu, jurucakap Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) berkata, pesawat malang tersebut berlepas sekitar pukul 2 petang waktu tempatan, sebelum juruterbang memaklumkan mengalami masalah teknikal.

"Apabila sudah mencapai ketinggian 274.32 meter, pesawat menghubungi menara kawalan trafik udara meminta kebenaran untuk berpatah balik ke lapangan terbang.

"Kebenaran diberikan, namun pesawat itu kemudiannya hilang kawalan ketika hendak membuat pendaratan dan seterusnya terhempas sehingga merempuh sebuah gudang perabot.

"Akibat nahas terbabit, pesawat itu hangus dijilat api," katanya.

Siasatan rapi sedang dijalankan untuk menentukan punca kejadian. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain