suria

Anak tetak ibu sampai mati guna kapak, berang 2 hajat tak dituruti

Pasukan forensik memeriksa lokasi kejadian. -Foto Tribunnews

HILANGNYA seorang ibu pasti tiada ganti lagi.

Bagaimanapun, berbeza kisahnya apabila seorang remaja lelaki berusia 23 tahun tergamak menyerang ibu kandungnya sehingga maut dalam satu insiden berdarah di Kapuas Hulu, wilayah Kalimantan Barat, Indonesia.

Ketika kejadian pada 14 Disember lalu, suspek difahamkan kecewa apabila dua permintaannya iaitu untuk berkahwin dan dibelikan motosikal tidak ditunaikan oleh ibunya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kapuas Hulu, Iptu Rinto Sihombing berkata, suspek menyerang ibunya dengan menggunakan kapak yang diambil dari dapur.

"Suspek yang masih belum bekerja tetap sudah ditahan oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan lanjut.

"Mangsa tidak berkemampuan menunaikan permintaan suspek kerana dihimpit isu kewangan.

"Nasihat yang diberikan si ibu supaya bersabar mencetuskan rasa berang suspek, menyebabkan dia bertindak agresif sehingga meragut nyawa mangsa," ujarnya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain