PENCEROBOHAN haiwan melata ke dalam rumah boleh membawa ancaman yang tidak disangka-sangka. Seorang wanita tersirap darah apabila kakinya dipatuk seekor ular ketika sedang membuang air kecil di dalam tandas rumahnya di Texas, Amerika Syarikat pada 29 Disember lalu. Dalam kejadian sekitar pukul 4.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Marie Jaimes berkata, dia lupa untuk membuka lampu kerana keadaan dirinya yang masih mamai. "Pada mulanya, saya dapat merasakan ada sesuatu yang menggigit kaki saya, ia rasa seperti gigitan semut. "Alangkah terkejutnya apabila saya periksa, ternyata ia merupakan seekor ular. Jantung saya hampir tercabut, sudah la keadaan ketika itu gelap gelita," ujarnya. Haiwan reptilia terbabit dipercayai menyelinap masuk menerusi lubang pada bumbung rumahnya. Jaimes bernasib baik kerana saiz ular itu yang kecil, berkemungkinan masih di usia bayi. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube