suria

Kecoh amuk guna kapak di hospital, pesakit baru lepas jalani pembedahan maut ditembak

tembak

SEORANG pesakit yang sedang pulih daripada pembedahan secara tiba-tiba mengamuk dan bertindak mengacukan senjata di hospital.

Dilaporkan pesakit berusia 27 tahun itu baru selesai menjalani pembedahan usus.

Kejadian berlaku di dalam wad di tingkat empat sebuah hospital di Surin, Thailand.

Suspek secara tiba-tiba mengancam nyawanya sendiri menggunakan kapak bomba dan mengamuk dengan mengejar kakitangan perubatan dan pesakit lain, menyebabkan keadaan panik dan huru-hara.

Pasukan polis bergegas ke tempat kejadian, dan dua pegawai peronda tiba untuk mengawal keadaan.

Walaupun diarahkan untuk melucutkan senjata, suspek cuba menyerang polis menggunakan kapak, menyebabkan polis melepaskan tembakan.

Suspek itu kemudian meninggal dunia akibat kecederaannya.

Ketua polis Mueang Surin, Weerapan na Lampang berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengenai punca kejadian tembakan itu.

Beliau memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan dengan adil kepada semua yang terlibat, lapor Bangkok Post. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain