suria

Tragedi di santuari... Gajah ‘tertekan’ serang pelancong wanita hingga maut ketika dimandikan

Memandikan gajah adalah aktiviti yang popular di santuari Thailand. -Gambar hiasan

SEORANG pelancong wanita dari Sepanyol maut selepas diserang oleh seekor gajah yang 'tertekan', ketika sedang memandikan haiwan tersebut.

Kejadian berlaku di Pusat Jagaan Gajah Koh Yao, sebuah santuari di selatan Thailand, lapor AFP.

Menurut polis, mangsa yang berusia 23 tahun itu pada mulanya dilibas belalai haiwan berkenaan.

"Seorang pelancong wanita terbunuh ketika memandikan gajah," kata Jaran Bangprasert, ketua polis tempatan.

Pihak berkuasa telah menghubungi kedutaan Sepanyol untuk mengesahkan identiti mangsa.

Sementara itu, santuari berkenaan enggan memberikan butiran kejadian ketika dihubungi AFP.

Memandikan gajah adalah aktiviti popular dalam kalangan pelancong di Thailand, di mana kira-kira 2,800 gajah digunakan untuk tujuan pelancongan di seluruh negara tersebut, menurut World Animal Protection.

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi haiwan berpendapat aktiviti memandikan gajah boleh menyebabkan haiwan itu tertekan dan beberapa santuari di negara berkenaan tidak membenarkannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain