SEORANG remaja berusia 15 tahun nekad menggantung diri selepas ditegur gara-gara kantoi mengambil minuman keras. Kejadian dilaporkan berlaku Gunungpati, Kota Semarang, Indonesia, pada Ahad, lapor Detik. Ketua Polis Gunungpati, Komisioner Agung Raharjo berkata, mayat mangsa ditemukan tergantung pada pintu bilik oleh ahli keluarganya sekitar pukul 11 malam. Daripada laporan yang diterima, ujarnya, mangsa dan rakan-rakannya sebelum itu meminum minuman keras dan kemudiannya 'ditangkap' oleh keluarganya. Mangsa yang tinggal bersama datuk dan neneknya dipercayai takut sekiranya hal berkenaan dilaporkan kepada ibu bapa, sehingga nekad mengambil keputusan untuk mengakhiri nyawanya. "Mangsa menggantung diri menggunakan selendang. Mangsa ada menghantar WhatsApp kepada rakannya dan mengadu perihal ditegur kerana mengambil minuman keras," katanya. Sebagai peringatan bersama khususnya yang beragama Islam, hukum membunuh diri merupakan salah satu perbuatan dosa besar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube