SEORANG warga emas maut selepas dipatuk seekor ular tedung sepanjang dua meter, ketika sedang berehat di dalam rumahnya. Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Ajang Pulu, Bone, Sulawesi Selatan, pada Jumaat lalu, lapor Detik. Menurut ketua kampung yang dikenali sebagai Jamil, mangsa yang merupakan wanita berusia 68 tahun tidak menyedari kehadiran reptilia tersebut yang menceroboh kediamannya. "Mangsa dipatuk tedung pada bahagian kaki. Dia segera dikejarkan ke Hospital Wilayah Tenriawaru. "Namun selepas dua jam menerima rawatan, mangsa meninggal dunia," kata Jamil. Tambahnya, reptilia tersebut bagaimanapun berjaya dibunuh penduduk kampung. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube