suria

Dituduh rampas suami orang, wanita dibelasah 5 beranak

Tangkap layar video tular yang tersebar di media sosial.

SEORANG wanita berusia 41 tahun menjadi cedera parah selepas dipukul oleh satu keluarga dalam kejadian pada Ahad.

Kejadian berlaku di Pluit, Jakarta Utara di Indonesia

Menurut Timbalan Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jakarta Utara, AKP Lukman, suspek terdiri daripada lima sekeluarga iaitu seorang ibu berusia 42 tahun, bersama empat anaknya.

Difahamkan, keluarga itu didakwa menganiaya mangsa dengan mendakwanya mempunyai hubungan sulit dengan suami suspek.

"Mangsa dipukul, ditendang dan seluarnya ditanggalkan di khalayak ramai," kata Lukman pada Isnin.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam pada bahagian muka termasuk tepi mata dan kening.

Mangsa juga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaan di seluruh badan.

Kes tersebut disiasat polis dan semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang, serta dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain