SEORANG remaja lelaki berusia 14 tahun tergamak menikam bapa dan neneknya hingga mati. Malah, suspek juga menutup wajah kedua-dua mangsa menggunakan baju ketika melakukan perbuatan kejam itu. Kejadian berlaku di kediaman mereka di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, Indonesia. Difahamkan, suspek mengikat baju dengan menutupi sebahagian wajah mangsa dan hanya bahagian matanya yang kelihatan. Menurut pihak polis, siasatan mendapati ibu kepada remaja itu pada mulanya meragui bahawa perbuatan itu dilakukan oleh anaknya. Dalam tragedi pada 30 November tahun lalu itu, suspek cuba menyerang ibunya menggunakan sebilah pisau yang diambil dari dapur rumah. Dengan keadaan berlumuran darah akibat ditikat, ibu suspek berjaya melarikan diri dengan melompat pagar rumah. Dia kemudian segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Bagaimanapun, bapa dan nenek suspek ditemukan tidak bernyawa di lantai rumah tersebut. Suspek remaja yang cuba melarikan diri itu kemudian berjaya ditahan polis. Kes tersebut kini dalam siasatan polis. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan dan membunuh adalah salah di sisi undang-undang, serta dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube