suria

Mayat wanita ditemukan di dalam tandas OKU, anak mangsa dakwa wujud kesan pergelutan

Kes jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu. -Gambar hiasan

SATU kejadian yang meninggalkan seribu satu persoalan.

Begitulah kisahnya apabila seorang wanita ditemukan tidak bernyawa di dalam tandas orang kelainan upaya (OKU) milik sebuah restoran di Blackpook, Britain pada minggu lalu.

Difahamkan mangsa dikenali sebagai Sabrina Marlynn Lyttle berusia 47 tahun ada singgah ke restoran terbabit tiga hari sebelum penemuan dibuat.

Pada mulanya, pihak restoran menerima aduan daripada pelanggan yang memaklumkan pintu tandas OKU itu tidak dapat dibuka, mereka menyangka ia mengalami isu akibat terkunci dari dalam.

Anak kepada mangsa, Jade Casey berkata mayat ibunya ditemukan sebaik sahaja pintu dibuka, malah terdapat kesan pergelutan pada mayat orang tuanya.

"Apabila pihak restoran buka je pintu, nampak mayat ibu sudah terkulai di atas lantai. Saya agak terkilan, mungkin ibu boleh diselamatkan sekiranya dia ditemukan lebih awal.

"Punca kematian masih belum ditentukan, tapi nampak macam ibu bergelut untuk meminta bantuan daripada orang di luar," ujarnya kecewa. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain