suria

Helah warga emas terbongkar, beli barang dapur sampai RM110... Pemilik kedai sedar sesuatu selepas lihat wang kertas

Tidak berkat sesuatu barang itu sekiranya ada unsur penipuan dalam urusan jual beli. -Gambar hiasan (kiri)

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Begitulah kisahnya apabila seorang wanita warga emas ditahan oleh pihak polis kerana membayar barang dapur yang dibeli menggunakan wang mainan dalam kejadian di Lumajang, wilayah Jawa Timur, Indonesia pada minggu lalu.

Menurut jurucakap polis, Inspektor Samsul Arifin, suspek berusia 78 tahun yang dikenali sebagai Kunci Wasiawati dianggarkan menyebabkan kerugian berjumlah 390,000 rupiah (RM110) ke atas kedai runcit berhampiran rumahnya.

Tambahnya, muslihat suspek berjaya dihidu selepas pemilik kedai menyedari sesuatu yang aneh pada wang kertas tersebut apabila diteliti dengan rapi.

"Wang kertas mainan yang diberikan oleh suspek sebenarnya sangat mirip dengan wang asli.

"Pemilik kedai terus membuat laporan polis apabila modus operandi suspek berjaya dibongkar," katanya.

Selepas rumah suspek digeledah, ternyata dia menyimpan wang kertas mainan dalam jumlah yang banyak sehingga mencecah jutaan rupiah.

"Wang kertas mainan itu dipercayai dibeli secara atas talian.

"Suspek turut menyimpan wang kertas mainan bernominasi 1,000 rupiah (RM0.27) dan 100,000 rupiah (RM28)," jelasnya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain