SEORANG pengawal keselamatan meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika solat di surau sekolah. Kejadian dilaporkan berlaku di Kota Bogor, Indonesia, pada Selasa. Memetik laporan Okezone, mangsa bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah menengah di Kota Bogor. Ketua Polis Daerah Bogor Tengah, AKP Agustinus Manurung berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang. Menurutnya, saksi sempat melihat mangsa sedang menunaikan solat di surau sekolah, namun hairan apabila lelaki tersebut tidak bangun selepas sujud. Mangsa segera dikejarkan ke Hospital PMI Kota Bogor, namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia. Jenazahnya dituntut keluarga untuk dikebumikan di Ceremai Ujung, Daerah Bogor Utara. Agustinus menambah, punca kematian Nurdin kerana penyakit jantung. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube