suria

Tragedi dalam bas, remaja 14 tahun maut ditikam

Remaja maut ditikam dalam kejadian di sebuah bas dua tingkat. -Gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki maut ditikam dalam sebuah bas dua tingkat.

Mangsa berusia 14 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas paramedik tiba di lokasi kejadian.

Insiden berlaku di Woolwich, tenggara London, United Kingdom pada kira-kira pukul 2.30 petang Selasa (waktu tempatan).

Polis Metropolitan, Superintenden Louise Sargent berkata, pihaknya bersimpati dengan keluarga dan rakan-rakan mangsa.

"Saya tidak dapat bayangkan apa yang mereka lalui sekarang," katanya.

Mangsa berusia 14 tahun dibunuh sekitar jam 2.30 petang. Foto Gambar Mariusz B

Pasukan polis berada di lokasi kejadian. Foto Gambar Mariusz B

Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Kes terbaharu itu berlaku hanya tiga bulan selepas insiden seorang remaja lelaki kehilangan nyawa akibat ditikam, juga berlaku di Woolwich.

Mangsa berusia 15 tahun itu ditikam hingga maut pada September lalu.

Datuk Bandar London, Sir Sadiq Khan berkata, kejadian yang menyayat hati itu tidak sepatutnya wujud di bandar itu.

"Saya sedang berhubung rapat dengan pemimpin polis, siasatan sedang dijalankan dan penduduk setempat akan melihat peningkatan rondaan di kawasan itu," katanya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain