suria

Bau busuk rungkai penemuan mayat reput 2 beranak, berbulan terbiar atas katil

Bedah siasat dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematian seseorang. -Gambar hiasan

POLIS menemukan dua mayat reput di sebuah rumah selepas mendapat laporan daripada jiran yang mengadu bau busuk dari kediaman mangsa.

Mayat yang dipercayai merupakan seorang bapa dan anak perempuannya itu ditemukan di atas katil dan dipercayai telah berada di situ selama beberapa bulan, lapor Indiatoday.

Kejadian dilaporkan berlaku di Chennai, Tamil Nadu, India.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Kerajaan Kilpauk untuk bedah siasat.

Polis kini sedang menyiasat kes tersebut untuk menentukan sama ada ia adalah kes pembunuhan atau bunuh diri.

Bagaimanapun menurut polis, seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kematian tersebut telah ditangkap.

Menurut sumber polis, lelaki tersebut tinggal bersama dua beranak berkenaan, dan didapati menjalin hubungan dengan mangsa perempuan.

Siasatan awal mendedahkan pasangan tersebut bertengkar, sebelum lelaki itu menolak kekasihnya yang menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak mengaku membunuh bapa kekasihnya, dan polis sedang meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian kedua-duanya.

Artikel Lain

Ibu mentua AC Mizal meninggal dunia