suria

Ajaib! Wanita tak sengaja buang cincin berlian RM175,000 dalam tong sampah, akhirnya ditemukan di tapak pelupusan

Chau bersama cincin berliannya yang berjaya diselamatkan.

SATU kesilapan yang boleh menybabkan seseorang itu menangis tidak berlagu.

Begitulah kisahnya apabila seorang wanita secara tidak sengaja membuang cincin berlian miliknya yang bernilai RM175,000 ke dalam tong sampah.

Dalam kejadian di Banda Da Vang, Vietnam itu, wanita dikenali sebagai Chau Thi My Hoa sedang membersihkan rumahnya dan membuang beberapa barangan yang tidak lagi digunakan apabila menyedari kehilangan cincinnya.

Lebih bertambah panik apabila sampah di rumah Chau sudah diambil oleh pekerja pembersihan untuk dibawa ke tapak pelupusan.

Chau segera menghubungi syarikat pelupusan sampah terbabit untuk membantu mendapatkan semula cincinnya, dia menawarkan ganjaran lumayan kepada sesiapa yang berjaya menjumpai.

Chau bagaimanapun menyedari peluang cincinnya ditemukan kembali adalah agak tipis memandangkan ia ibarat mencari jarum dalam tumpukan jerami, timbunan sampah sebanyak 11 tan perlu diperiksa satu-persatu.

Walaupun begitu, keajaiban berpihak kepada Chau apabila seorang pekerja tapak pelupusan sampah berhasil menjumpai kotak barang kemas di sebalik sisa buangan yang dipunggah.

Cincin berlian itu akhirnya dipulangkan semula kepada Chau.

Syarikat pelupusan sampah itu kemudiannya menolak ganjaran yang ditawarkan oleh Chau. -Agensi

Artikel Lain